Pinjaman-online.com

Jimat berpuluh-puluh ribu melalui pembiayaan semula hartanah (rumah, kedai, tanah dsbnya). Interest pinjaman perumahan telah menurun dengan banyak. Refinance rumah boleh menjimat anda 15% - 30% daripada jumlah pinjaman. Tanpa kos. Untuk pemilik rumah di Lembah Kelang dan kawasan berdekatan. Baca selanjutnya ... pembiayaan perumahan.

Pinjaman Perniagaan Koperasi KOJARUM

Posted on March 10, 2009 by Admin

pinjaman mikro untuk peniaga-peniaga kecil

 

KOJARUM atau nama penuhnya Koperasi Jaringan Usahawan Mikro Berhad menawarkan pinjaman mikro kepada usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Objektif Pinjaman Mikro adalah untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang susah mendapat pinjaman perniagaan menerusai cara konvensional seperti melalui bank swasta untuk mendapat dana bagi mengembangkan perniagaan mereka. Pinjaman mikro KOJARUM diusahakan bersama dengan Bank Rakyat. Berikut adalah butir tentang pinjaman KOJARUM:

Terbuka kepada peniaga Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Jumlah Pinjaman Antara RM10,000 - RM50,000.

Syarat-syarat

Perniagaan pemohon mesti didaftar di SSM

Tidak boleh ada masalah Blacklist (CTOS atau CCRIS)

Mesti ada akaun simpanan dengan mana-mana bank (sekurang-kurangnya 3 bulan)

Hanya Permohonan Kumpulan Diterima

Pemohon mesti buat grouping 5 orang iaitu mencari 4 lagi peniaga yang berada di kawasan berniaga yang berdekatan. Jadi jumlah pemohon untuk setiap kumpulan mestilah sekurang-kurangnya 5 peniaga

Kadar Keuntungan 8% - 11%

Tempoh proses 2 minggu - sebulan

Tak perlu buat kertas kerja

Perlu melalui temuramah bersama pegawai bank rakyat

Sila klik pautan ini untuk mengetahui lebih tentang konsep pinjaman perniagaan mikro.

Aktiviti Kojarum

Posted on March 10, 2009 by Admin

  • Menjadi agen membekal barangan dan perkhidmatan kepada anggota bagi tujuan perniagaan dan peningkatan ekonomi anggota.
  • Memberi khidmat nasihat perniagaan dan kewangan berdasarkan model PFi
  • Menjadi agen kepada anggota yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan (Khidmat bimbingan dan pemantauan)
  • Membeli, menjual, memindahkan hakmilik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta.
  • Membuat pelaburan
  • Menyertai usahasama dengan lain-lain Koperasi

 

Latarbelakang Koperasi Kojarum

Posted on March 10, 2007 by Admin

majlis amanah rakyat

Program Pembangunan Usahawan Mikro MARA-PBT telah dilaksanakan bermula pada tahun 2006. Program ini bertujuan membuat penjenamaan semula semua penjaja kecil yang berniaga di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Tempatan dan Create Opportunities Sdn. Bhd selaku perunding yang telah dilantik oleh pihak MARA untuk melaksanakan program tersebut.

 

Setelah program ini dilaksanakan dengan jaya di beberapa buah negeri seperti Selangor, Kedah, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah telah memberikan inspirasi kepada perunding dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk mewujudkan jaringan usahawan mikro yang telah dilatih.

Justeru itu, penubuhan koperasi telah dicadangkan dengan nama Koperasi Jaringan Usahawan Mikro Berhad atau singkatannya KOJARUM dan telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pembangunan Koperasi Wilayah Persekutuan pada 30 Mac 2007.

 

Maklumat Am Koperasi Kojarum

Posted on March 10, 2009 by Admin

INama Koperasi : KOPERASI JARINGAN USAHAWAN MIKROBERHAD (KOJARUM)
No. Pendaftaran : W-6-0405
Tarikh Daftar : 30 MAC 2007
Alamat Daftar : No. 12.1, Tingkat 12, Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, WILAYAH PERSEKUTUAN.
No. Tel : 013-3558844 (Setiausaha)
Jenis Koperasi : KOPERASI ASAS
Fungsi Koperasi : KOPERASI PENGGUNA
Fi Masuk : RM 10.00
Modal Syer : RM 250.00 (Minimum)
No. Akaun : 5 64155 221774
Prinsipal Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank), Caw. Jln. Raja Laut, Kuala Lumpur.